Senarai Penuh Pemain Belgium Piala Dunia 2026|BILAKAH tarikh aksi perlawanan Kejohanan Piala Dunia 2026 akan membuka tirai? Siapakah pemain Belgium yang bakal menyertai untuk kempen Piala Dunia edisi kali ke-23? Perhatian buat anda peminat bolasepak yang ingin ketahui senarai penuh pemain pasukan Belgium Piala Dunia 2026. Untuk makluman anda, jurulatih Rudi Garcia telah mengumumkan senarai penuh 26 pemain yang bakal menyarung jersi Die Roten Teufel di pentas Piala Dunia FIFA 2026. Berikut dikongsikan Senarai Penuh Pemain Belgium Piala Dunia 2026 buat panduan anda.
Sedia maklum, pasukan Belgium dibawah kendalian Rudi Garcia telah diletakkan di Kumpulan G bersama pasukan Egypt, Iran dan New Zealand untuk kempen Piala Dunia 2026. Piala Dunia 2026 juga merupakan edisi pertama dengan penyertaan 48 pasukan kebangsaan lelaki, menjadikan format pertandingan lebih besar daripada sebelumnya. Pasukan ini akan dibahagikan kepada 12 kumpulan, dimana empat pasukan setiap kumpulan, diikuti pusingan kalah mati sehingga menghasilkan 104 perlawanan sepanjang kejohanan. Kejohanan ini akan diadakan dari 11 Jun 2026 sehingga 19 Julai 2026 dan menjadi yang pertama dalam sejarah diadakan di tiga negara serentak iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Senarai Penuh Pemain Belgium Piala Dunia 2026 (Jadual Perlawanan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Penuh Pemain Belgium Piala Dunia 2026 yang meliputi nama, pasukan kelab yang disertai dan jadual lengkap perlawanan:
Senarai Rasmi Skuad Belgium Piala Dunia 2026
1. Penjaga Gol
- Thibaut Courtois (Real Madrid)
- Senne Lammens (Manchester United)
- Mike Penders (Strasbourg)
2. Pertahanan
- Zeno Debast (Sporting CP)
- Thomas Meunier (Lille)
- Timothy Castagne (Fulham)
- Maxim De Cuyper (Brighton & Hove Albion)
- Arthur Theate (Eintracht Frankfurt)
- Brandon Mechele (Club Brugge)
- Koni De Winter (AC Milan)
- Joaquin Seys (Club Brugge)
- Nathan Ngoy (Lille)
3. Pemain Tengah
- Kevin De Bruyne (Napoli)
- Youri Tielemans (Aston Villa)
- Amadou Onana (Aston Villa)
- Axel Witsel (Girona)
- Hans Vanaken (Club Brugge)
- Charles De Ketelaere (Atalanta)
- Nicolas Raskin (Rangers)
- Diego Moreira (Strasbourg)
4. Penyerang
- Jeremy Doku (Man City)
- Romelu Lukaku (Napoli)
- L. Trossard (Arsenal)
- Dodi Lukébakio (Benfica)
- Saelemaekers (AC Milan)
- Matias Fernandez Pardo (Lille)
Jadual Perlawanan Belgium Piala Dunia 2026 (Waktu Malaysia)
Berikut dikongsikan Jadual Penuh Perlawanan Belgium Piala Dunia FIFA 2026 Waktu Malaysia dalam Kumpulan G:
◾️6 Jun 2026 (Selasa) | 10:00 Pagi - Belgium lwn Mesir (Seattle Stadium, Seattle)
◾️22 Jun 2026 (Isnin) | 10:00 Pagi - Belgium lwn Iran (Los Angeles Stadium, Los Angeles)
◾️27 Jun 2026 (Sabtu) | 3:00 Pagi - New Zealand lwn Belgium (BC Place, Vancouver)
Info Penting:
*Waktu perlawanan diatas dinyatakan mengikut zon waktu Malaysia. Anda boleh menyemak sebarang perubahan jadual atau keputusan secara langsung menerusi Laman Rasmi FIFA
Rekod Pencapaian Pasukan Belgium Piala Dunia FIFA
◾️Tempat ketiga (2018)
Semoga perkongsian Senarai Penuh Pemain Belgium Piala Dunia 2026 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Selamat menonton Kejohanan Piala Dunia Edisi 2026 secara siaran langsung di RTM dan Unifi TV!
